Infinix, jenama peranti mudah-alih mengumumkan perkongsian jangka panjang dengan MOONTON Games sebagai rakan rasmi telefon pintar bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Kerjasama bersejarah ini membuka laluan untuk Infinix menjadi penaja siri kejohanan profesional di lima negara Asia Tenggara. Bermula pada 28 Februari, jenama ini akan ditempatkan sebagai sebahagian penting dalam ekosistem esukan MLBB, sekaligus mengukuhkan lagi perkongsian strategik Infinix dengan MOONTON Games.
Melalui telefon pintar permainan premium Infinix—siri GT—pemain akan dapat meningkatkan prestasi permainan mereka, seterusnya mengukuhkan Infinix sebagai pemacu utama dalam komuniti permainan mudah-alih. Dengan inovasi terkini, Infinix membolehkan pemain di seluruh dunia untuk menikmati pengalaman bersaing yang lebih baik dan benar-benar “Outplay The Rest” di peringkat global.


MLBB, sebuah permainan mudah alih yang diiktiraf di peringkat global dan popular di Asia Tenggara, mencatatkan lebih 100 juta pemain aktif. Kolaborasi ini menempatkan Infinix sebagai medium utama dalam menyatukan pemain baharu dan profesional, dengan penajaan merangkumi kejohanan utama seperti MLBB Professional League (MPL) di Kemboja, Malaysia, dan Filipina, MLBB Development League (MDL) di Indonesia, serta MLBB Super League (MSL) yang baru dilancarkan di Myanmar.
Dengan siri GT, Infinix terus membawa semangat permainan ke tahap yang lebih tinggi, menyokong komuniti esukan MLBB untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.