Author: Azfar Haz

Kejohanan antarabangsa rasmi kedua terakhir bagi e-sukan VALORANT tahun ini, VCT Masters akan diadakan di Tokyo, Jepun bermula 11 Jun sehingga 25 Jun. Sebanyak 1,000,000 USD ‘prize pool’ dibahagikan pada kejohanan kali ini. Kejohanan ini akan disertai oleh 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia. Pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah pasukan yang berjaya mendapat tiga tempat teratas dari VCT Pacific dan VCT Americas , empat pasukan teratas dari kejohanan VCT EMEA dan dua pasukan teratas dari China melalui kejohanan tempatan di negara mereka sendiri. Berikut merupakan 12 pasukan yang akan bertanding di kejohanan VCT Masters 2023 kali ini : Sumber…

Read More

Liga Antarabangsa VCT 2023 baru sahaja tamat pada minggu ini. Ketiga-tiga liga berakhir setelah hampir dua bulan liga berlangsung secara ‘offline’ di lokasi pertandingan mengikut benua masing-masing. Liga Antarabangsa VCT pertama kali diadakan pada tahun ini setelah Riot Games memperkenalkan program ‘partnership’ pada 30 pasukan terpilih pada awal tahun ini.Paper Rex merupakan juara Liga VCT Pasifik 2023. Dengan kemenangan tiga pusingan dari lima pusingan, Paper Rex berjaya menewaskan pasukan lawan, DRX dari Korea Selatan. Paper Rex berjaya melakukan ‘reverse sweep’ pada perlawanan akhir setelah DRX berjaya mendominasi perlawanan dengan memenangi dua pusingan berturut-turut pada awal perlawanan. Pasukan Paper Rex, DRX…

Read More

Setelah berakhirnya kejohanan rasmi PUBG : Battlegrounds bagi benua masing-masing, PUBG Global Series 1, kejohanan antarabangsa pertama bagi permainan PUBG : Battlegrounds akan diadakan pada bulan ini. Kejohanan ini akan berlangsung pada 27 April sehingga 7 May 2023. Kejohanan ini akan diadakan di Battle Arena Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. Namun begitu, kejohanan ini diadakan secara tertutup di mana hanya pemain yang terlibat dalam kejohanan PGS 1 dibenarkan masuk di lokasi kejohanan. Kejohanan PGS 1 akan menyediakan wang hadiah sebanyak USD 500,000. Sebanyak 24 pasukan akan bertanding dalam kejohanan PGS 1. Lapan pasukan partnership layak secara automatik manakala 16 pasukan lain…

Read More
PC

Pada minggu ini, bermulanya kejohanan VCT Pacific 2023. Pada tahun ini, format baharu diperkenalkan di mana pasukan ‘partnership’ akan bertanding melalui laluan khas ke kejohanan Liga Antarabangsa, VCT Masters serta kejohanan terakhir tahunan , VCT Champions. Sebanyak 10 pasukan terbaik akan bertanding sesama sendiri selama 10 minggu untuk menentukan pasukan manakah yang akan menjadi wakil bagi benua Pasifik di peringkat global. Kejohanan kali ini akan menyertakan jumlah hadiah sebanyak 250,000 USD. VCT Pacific 2023 akan diadakan secara ‘offline’ di Seoul, Korea Selatan. Senarai Pasukan VCT Pacific 2023 / VALORANT Esports Format bagi peringkat liga VCT Pacific 2023 adalah ‘Single Round…

Read More

PUBG Esports telah mengumumkan senarai pasukan yang telah layak sebagai Global Partner Teams pada hari ini. Pemilihan ini dijalankan melalui proses permohonan pada bulan Disember yang lalu. Pemilihan pasukan ini dipilih melalui proses penilaian dan semakan terperinci oleh pihak PUBG Esports. Melalui proses tersebut, lapan pasukan telah terpilih sebagai Global Partner Teams. Berikut merupakan senarai pasukan yang terpilih : Sumber Gambar : PUBG : BATTLEGROUNDS / Facebook Terdapat empat kriteria yang digunapakai dalam proses pemilihan pasukan iaitu tadbir urus, fandom dan sejarah pasukan tersebut. Selain itu, faktor utama dalam pemilihan pasukan ini adalah ditentukan melalui keupayaan dan kemahuan sesebuah organisasi…

Read More

Riot Games telah mengumumkan format bagi kejohanan ‘showmatch’ atau kejohanan pembukaan bagi format VCT 2023 yang baharu iaitu VCT LOCK//IN 2023. Kejohanan ini bakal diadakan pada 13 Februari sehingga 4 Mac di Sao Paulo, Brazil. Kejohanan ini bakal melibatkan 30 pasukan ‘partnership’ yang menyertai Liga Antarabangsa bagi benua masing-masing dan turut disertai oleh dua pasukan dari China. Penambahan dua pasukan China ini berikutan lesen permainan video VALORANT diluluskan dan dibenarkan oleh Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Negara (NPPA) Kerajaan China pada 27 Disember yang lalu. Senarai Pasukan Bertanding di VCT LOCK//IN 2023 / Sumber : Riot Games Format bagi kejohanan VCT…

Read More

VCT MYSG 2022 telah berakhir pada tahun ini dengan kejuaraan pasukan Paper Rex bagi kedua-dua peringkat. Bermula tahun hadapan, pasukan Paper Rex akan bertanding di Liga Pasifik bersama-sama seluruh pasukan terunggul di benua Asia yang bakal berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Oleh itu, ayuhlah daftar pasukan anda pada kejohanan VCT MY/SG 2023 bagi merebut peluang untuk bertanding bersama-sama pasukan antarabangsa dengan melayakkan diri ke Liga Pasifik 2024. Sumber Gambar : VALORANT Esports MY/SG | Facebook Pendaftaran Kelayakan Terbuka bagi kejohanan VALORANT Challengers Malaysia/Singapore 2023 Split 1 telah dibuka pada hari ini sehingga 2 Januari 2023. Melalui Kelayakan Terbuka ini, 5…

Read More
PC

Pada masa kini , salah satu cara untuk bermain permainan PC secara mudah dapat dilakukan dengan melanggan servis “cloud gaming” di mana pemain hanya memerlukan internet sahaja bagi memainkan permainan AAA serta permainan yang memerlukan perkakasan PC yang tinggi. Di Malaysia, servis ‘cloud gaming’ dapat dilanggan melalui servis yang disediakan oleh NVIDIA iaitu Geforce Now Gamehub+ dimana NVIDIA bekerjasama syarikat telekomunikasi di Singapura, Starhub bagi menyediakan servis ini. Sebelum ini , servis ini hanya menyediakan satu pakej bulanan sahaja iaitu RM29 (mengikut pertukaran mata wang semasa MYR – SGD). Namun, baru-baru ini NVIDIA telah memperkenalkan tiga pakej bulanan di mana…

Read More

Kejohanan FreeFire MCPS (Malaysia/Cambodia/Philippines/Sri Lanka) Majors Musim ke-4 kini telah melabuhkan tirainya. Setelah dua hari pusingan akhir kejohanan ini dipertandingkan, AV RADICALS muncul sebagai juara baru untuk musim ke 4. Pasukan ini berjaya mendapatkan lima kali Booyah! daripada 16 pusingan yang dimainkan. Sebanyak 259 mata keseluruhan berjaya diperolehi oleh pasukan ini untuk muncul juara baharu. Tidak kurang hebatnya pasukan dari Malaysia, Expand hanya 7 mata sahaja perbezaan diantara mereka dengan sang juara. Mereka berjaya mendapatkan tiga kali Booyah! dan 252 markah keseluruh berjaya dikutip. Johan untuk FreeFire MCPS Majors Musim ke-4 pula akan layak ke World Series Bangkok: Finals. Manakala…

Read More