Author: Azfar Haz

Riot Games telah mengumumkan format bagi kejohanan ‘showmatch’ atau kejohanan pembukaan bagi format VCT 2023 yang baharu iaitu VCT LOCK//IN 2023. Kejohanan ini bakal diadakan pada 13 Februari sehingga 4 Mac di Sao Paulo, Brazil. Kejohanan ini bakal melibatkan 30 pasukan ‘partnership’ yang menyertai Liga Antarabangsa bagi benua masing-masing dan turut disertai oleh dua pasukan dari China. Penambahan dua pasukan China ini berikutan lesen permainan video VALORANT diluluskan dan dibenarkan oleh Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Negara (NPPA) Kerajaan China pada 27 Disember yang lalu. Format bagi kejohanan VCT LOCK//IN adalah ‘Single Elimination Bracket’. Di mana 32 pasukan akan dibahagikan kepada…

Read More

VCT MYSG 2022 telah berakhir pada tahun ini dengan kejuaraan pasukan Paper Rex bagi kedua-dua peringkat. Bermula tahun hadapan, pasukan Paper Rex akan bertanding di Liga Pasifik bersama-sama seluruh pasukan terunggul di benua Asia yang bakal berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Oleh itu, ayuhlah daftar pasukan anda pada kejohanan VCT MY/SG 2023 bagi merebut peluang untuk bertanding bersama-sama pasukan antarabangsa dengan melayakkan diri ke Liga Pasifik 2024. Pendaftaran Kelayakan Terbuka bagi kejohanan VALORANT Challengers Malaysia/Singapore 2023 Split 1 telah dibuka pada hari ini sehingga 2 Januari 2023. Melalui Kelayakan Terbuka ini, 5 slot pasukan tersedia bagi menyertai Peringkat Kumpulan bersama…

Read More
PC

Pada masa kini , salah satu cara untuk bermain permainan PC secara mudah dapat dilakukan dengan melanggan servis “cloud gaming” di mana pemain hanya memerlukan internet sahaja bagi memainkan permainan AAA serta permainan yang memerlukan perkakasan PC yang tinggi. Di Malaysia, servis ‘cloud gaming’ dapat dilanggan melalui servis yang disediakan oleh NVIDIA iaitu Geforce Now Gamehub+ dimana NVIDIA bekerjasama syarikat telekomunikasi di Singapura, Starhub bagi menyediakan servis ini. Sebelum ini , servis ini hanya menyediakan satu pakej bulanan sahaja iaitu RM29 (mengikut pertukaran mata wang semasa MYR – SGD). Namun, baru-baru ini NVIDIA telah memperkenalkan tiga pakej bulanan di mana…

Read More

Kejohanan FreeFire MCPS (Malaysia/Cambodia/Philippines/Sri Lanka) Majors Musim ke-4 kini telah melabuhkan tirainya. Setelah dua hari pusingan akhir kejohanan ini dipertandingkan, AV RADICALS muncul sebagai juara baru untuk musim ke 4. Pasukan ini berjaya mendapatkan lima kali Booyah! daripada 16 pusingan yang dimainkan. Sebanyak 259 mata keseluruhan berjaya diperolehi oleh pasukan ini untuk muncul juara baharu. Tidak kurang hebatnya pasukan dari Malaysia, Expand hanya 7 mata sahaja perbezaan diantara mereka dengan sang juara. Mereka berjaya mendapatkan tiga kali Booyah! dan 252 markah keseluruh berjaya dikutip. Johan untuk FreeFire MCPS Majors Musim ke-4 pula akan layak ke World Series Bangkok: Finals. Manakala…

Read More
PC

Riot Games baru sahaja mengumumkan 30 pasukan partnership bagi kejohanan Liga Antarabangsa VCT 2023. 10 pasukan bakal bertanding bagi setiap benua iaitu Americas, EMEA dan Pacific. Pemilihan pasukan Partnership dilakukan melalui proses permohonan rasmi bertulis, temuduga dan semakan kewangan organisasi bermula bulan Mei tahun ini. Riot Games mengumumkan kriteria utama mereka dalam pemilihan pasukan Partnership ialah organisasi e-sukan yang mengutamakan peminat, meraikan komuniti yang berbagai, berkomited untuk menyokong pemain professional serta dibina untuk kemampanan dalam masa jangka panjang. Seluruh 30 pasukan ini akan berentap buat pertama kali di kejohanan Kickoff yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan di Sao…

Read More
PC

VALORANT telah mengumumkan format Liga Antarabangsa dengan lebih menyeluruh bagi VCT 2023 melalui video Dev Diaries pada hari semalam. Liga Antarabangsa akan diadakan di tiga wilayah khas iaitu Americas, EMEA dan Pacific. 10 pasukan francais bakal bertanding bagi setiap wilayah. Kejohanan Liga Antarabangsa akan dijalankan secara LAN di hadapan penonton secara langsung bagi setiap minggu. Liga Antarabangsa bagi VCT Americas diadakan di Los Angeles, California, VCT EMEA di Berlin, Germany manakala VCT Pacific di Seoul, Korea. Pihak pembangun juga menerangkan terdapat para pengulas akan membuat ulasan secara langsung di tempat kejohanan dalam pelbagai bahasa. Regular Season Liga Antarabangsa diadakan selama…

Read More

VALORANT baru sahaja mengumumkan format baharu VALORANT Challengers bagi tahun 2023. Format baharu ini akan memainkan peranan penting dalam menonjolkan bakat pemain baharu yang akan datang, memberi peluang kepada pasukan lain untuk bermain di liga Antarabangsa dan menjadikan ekosistem e-sukan Valorant lebih sistematik. Liga Antarabangsa diperkenalkan pada tiga wilayah iaitu Americas, EMEA dan Pacific pada tahun hadapan di mana 10 pasukan francais bakal bertanding mengikut wilayah masing-masing dan juara bagi setiap wilayah akan bertanding di kejohanan global. Pada tahun hadapan, lebih 20 liga Challengers dianjurkan di seluruh dunia bagi memastikan pemain Valorant mempunyai hala tuju yang jelas dalam menjayakan impian…

Read More