Setelah berakhirnya kejohanan rasmi PUBG : Battlegrounds bagi benua masing-masing, PUBG Global Series 1, kejohanan antarabangsa pertama bagi permainan PUBG : Battlegrounds akan diadakan pada bulan ini. Kejohanan ini akan berlangsung pada 27 April sehingga 7 May 2023. Kejohanan ini akan diadakan di Battle Arena Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. Namun begitu, kejohanan ini diadakan secara tertutup di mana hanya pemain yang terlibat dalam kejohanan PGS 1 dibenarkan masuk di lokasi kejohanan. Kejohanan PGS 1 akan menyediakan wang hadiah sebanyak USD 500,000.
Sebanyak 24 pasukan akan bertanding dalam kejohanan PGS 1. Lapan pasukan partnership layak secara automatik manakala 16 pasukan lain mendapat slot melalui kejohanan serantau berdasarkan benua masing-masing.
Terdapat tiga peringkat bagi kejohanan PGS 1 kali ini. PGS 1 bermula dengan peringkat kumpulan. Semua pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan, kumpulan A, B dan C di mana terdapat lapan pasukan bagi setiap kumpulan . Setiap kumpulan akan bertanding sesama kumpulan lain selama tiga hari peringkat kumpulan berlangsung. Enam perlawanan dijalankan pada setiap hari. Setelah berakhirnya peringkat kumpulan, 16 pasukan teratas akan layak ke Winners Bracket manakala lapan pasukan terbawah diletakkan di Losers Bracket.
Seterusnya, kejohanan diteruskan dengan peringkat Winners & Losers Bracket. Setiap peringkat diadakan selama dua hari di mana enam perlawanan diadakan pada setiap hari. Setelah berakhirnya peringkat Winners Bracket, lapan pasukan teratas akan mendapat tempat ke peringkat akhir manakala lapan pasukan yang lain mendapat peluang kedua melalui peringkat Losers Bracket.
Peringkat Losers Bracket pula akan terdiri daripada lapan pasukan terbawah daripada peringkat kumpulan dan lapan pasukan terbawah daripada peringkat Winners Bracket. Pada akhir peringkat Losers Bracket, lapan pasukan teratas layak ke peringkat akhir manakala pasukan yang lain tersingkir daripada kejohanan PGS 1.
Akhir sekali, peringkat akhir akan diadakan bagi kejohanan PGS 1. Peringkat akhir akan diadakan selama tiga hari. Pasukan yang mendapat tempat pertama dalam kejohanan PGS 1 dinobatkan sebagai juara PUBG Global Series 1.
Sebanyak 16 pasukan tertinggi sahaja akan mendapat mata permarkahan PGS pada kedua-dua kejohanan PGS 1 & 2. Empat pasukan yang mengumpul mata permarkahan PGS tertinggi dari kejohanan PGS 1 & 2 akan mendapat tempat ke PUBG Global Championship tahun ini. Mata permarkahan PGS ini hanyalah sistem mata permarkahan tersendiri di mana mata permarkahan tidak akan ditambah / bercampur dengan mata permarkahan PGC yang diperoleh melalui kejohanan serantau.
Jangan lupa saksikan kejohanan PGS 1 yang akan berlangsung bermula pada 27 April di platform penstriman Youtube, Twitch dan sebagainya. Dapatkan berita e-sukan terkini PUBG : Battlegrounds di laman web rasmi pubgesports.com serta media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok.