PUBG Nations Cup (PNC) 2025 bakal berlangsung dari 23 hingga 27 Julai bertempat di Olympic Handball Gymnasium, Seoul, Korea Selatan. Edisi kelima kejohanan ini menjanjikan aksi lebih sengit dengan format baharu melibatkan 24 pasukan negara — paling banyak dalam sejarah PNC!
Format Kejohanan
PNC 2025 berlangsung selama 5 hari dengan 6 perlawanan setiap hari, dibahagikan kepada:
- Survival Stage (2 hari)
- Final Stage (3 hari)


8 negara terbaik dari PNC 2024 layak terus ke Final Stage:
- Korea (juara bertahan), Argentina, Australia, Brazil, China, Thailand, USA, Vietnam
16 pasukan lain akan bermula dari Survival Stage, termasuk:
- Malaysia, Indonesia, Jepun, Filipina, UK, Perancis, Jerman, Sweden, Kanada, Sepanyol, Turkiye, Denmark, Norway, India, Chinese Taipei & Poland
Pemain Wakil Malaysia


Malaysia akan diwakili oleh barisan pemain terbaik negara:
- Tan “IAMPETE” Chun Chou (Positive Mental Attitude)
- Anderson “Shen” Chong & Wong “Jervis” Jervis (Weibo Gaming)
- Azril “empt” Zuhairi (Noddy Bot)
- Coach: Muhd Aiman “SlyDD” Mohd Halim (bekas jurulatih SEM9)
Format Peta & Peraturan
- Versi permainan: PUBG Client Version #36.1
- Sistem mata: S.U.P.E.R Point System
- Peta digunakan: Erangel, Miramar, Taego, Rondo
Urutan peta:
- Survival Stage: Erangel → Erangel → Taego → Rondo → Miramar → Miramar
- Final Stage: Miramar → Miramar → Taego → Rondo → Erangel → Erangel
Hadiah & Sokongan Peminat
Kejohanan ini menawarkan $500,000 sebagai hadiah asas dan akan ditambah menerusi crowdfunding Pick’em Challenge, di mana peminat boleh membeli barangan eksklusif dan menyokong pasukan kegemaran mereka — setiap pasukan akan menerima bahagian daripada kutipan jualan!
Tonton Secara Langsung
PNC 2025 boleh ditonton secara langsung melalui PUBGEsports.com dengan sistem multi-view khas termasuk pandangan peta dan pasukan. Turut disiarkan di:
- Twitch & YouTube (beserta map feed)
- TikTok
Waktu siaran rasmi:
18:00 KST (09:00 UTC / 16:00 ICT / 02:00 PDT)
Untuk peminat Malaysia, anda juga boleh menonton siaran langsung di TikTok Ombong, salah seorang streamer terpilih untuk menyiarkan PNC 2025 secara rasmi!