Author: Piratz
Era mitologi Greek kini melanda medan tempur! Bermula 11 Mei 2026, PUBG MOBILE melancarkan kemas kini Hero’s Crown (Versi 4.4) yang membawa pemain ke dunia penuh keajaiban purba, mekanik pertempuran baharu, dan peningkatan prestasi yang sangat dinantikan. 1. Terokai Dunia Mitos: Hero’s Crown Mod bertema kali ini bukan sekadar perubahan rupa, tetapi satu pengembaraan epik yang diinspirasikan oleh kisah Prometheus. Peta Erangel, Livik, dan Rondo kini berubah menjadi medan pertempuran para dewa. 2. Kenderaan Roadster & Pemanduan Automatik Dunia automotif PUBG MOBILE menerima nafas baharu dengan kehadiran Roadster, sebuah kereta sport convertible dua tempat duduk. 3. Penyelarasan Senjata: Panzerfaust &…
Kemas kini PUBG 41.2 dan PUBG Mobile 4.4 bakal membawa pengalaman lebih bergaya dan penuh adrenalin menerusi kolaborasi rasmi bersama jenama motosikal legenda, Harley-Davidson. Kerjasama antara Krafton, Tencent dan Harley-Davidson ini memperkenalkan model ikonik Harley-Davidson CVO™ Road Glide® ST ke dalam dunia battle royale popular tersebut. Motosikal premium itu terkenal dengan reka bentuk agresif, enjin V-Twin yang garang serta bunyi ekzos yang cukup ikonik di dunia sebenar. Dalam PUBG Mobile pula, pemain bakal menikmati pengalaman menunggang yang lebih autentik sambil merentas map seperti Erangel dan Miramar untuk meloloskan diri daripada zon biru. Bukan sekadar kenderaan biasa, CVO™ Road Glide® ST…
Selepas tamatnya peringkat liga pada 26 April lalu, kancah kompetitif PUBG MOBILE tanah air kini beralih ke fasa kemuncak iaitu Grand Finals PMPL Malaysia Spring 2026 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei 2026. Dominasi Maqna Esports & Kebangkitan Bintang Muda Peringkat liga menyaksikan persaingan sengit antara Maqna Esports Club (MEC) dan AZ Slumber (AZ) yang menamatkan saingan dengan mata liga yang sama. Walau bagaimanapun, MEC berjaya merangkul kedudukan pertama menerusi pemecah seri (tiebreaker), sekaligus membawa ‘Headstart Points’ tertinggi ke peringkat akhir. Musim ini juga menjadi pentas buat MEC FEXCRY yang dinobatkan sebagai League MVP. Prestasi luar biasa beliau bersama…
Arena esukan global bakal menerima suntikan dana besar apabila Esports Foundation (EF) mengumumkan 40 kelab elit dunia telah dipilih untuk menyertai Program Rakan Kelab 2026. Program yang kini memasuki edisi ketiga itu menyediakan peruntukan sebanyak AS$20 juta bagi memperkasakan ekosistem kompetitif antarabangsa. Melalui inisiatif ini, setiap kelab yang terpilih berpeluang menerima pembiayaan sehingga AS$1 juta. Dana ini bukan sekadar bantuan kewangan, malah bertujuan untuk membantu kelab mengembangkan jenama, memperkukuh operasi pemasaran, serta meningkatkan penglibatan peminat menjelang kejohanan berprestij Esports World Cup (EWC) 2026. Dominasi Kelab Gergasi Dunia Senarai 40 kelab yang terpilih kali ini merangkumi nama-nama besar yang mempunyai pengaruh…
Kolaborasi epik antara Mobile Legends: Bang Bang dan Naruto kembali lagi dengan lebih hebat! Bermula sekarang hingga 11 Mei 2026 (15:59 GMT+8), acara MLBB × NARUTO Fasa 2 membawa pemain menyelami dunia ninja secara lebih mendalam di Land of Dawn. Meneruskan kejayaan fasa pertama, kolaborasi kali ini tampil dengan tema “Fight With You!”, memperkenalkan dua shinobi legenda dari Hidden Leaf Village sebagai skin baharu. Skin Legenda Baharu Dua watak ikonik kini menyertai pertempuran: Skin Fasa 1 Kembali Selain skin baharu, beberapa watak kegemaran peminat turut kembali, termasuk: Semua skin ini boleh diperoleh semula sepanjang event berlangsung. Event & Ganjaran Menarik…
Malaysia Esports Federation (MESF) kini dilantik sebagai Rakan Pasukan Nasional oleh Esports Foundation bagi menyertai Esports Nations Cup 2026 (ENC). Kejohanan berasaskan negara ini akan berlangsung di Riyadh dari 2 hingga 29 November 2026, dan merupakan antara inisiatif baharu yang memfokuskan persaingan peringkat kebangsaan berbanding format kelab. Melalui pelantikan ini, MESF akan mengetuai pembentukan pasukan esports Malaysia, termasuk pemilihan pemain, pengurusan pasukan serta persediaan menyeluruh untuk kejohanan. Antara judul yang dijangka menjadi tumpuan termasuk Mobile Legends: Bang Bang dan Honor of Kings. Pelantikan ini turut mencerminkan prestasi Malaysia di pentas antarabangsa sebelum ini, termasuk pencapaian di Sukan Asia 2025 serta…
Sempena ulang tahun ke-8 PUBG MOBILE, game ni tampil dengan sesuatu yang lain sikit — sebuah lagu anthem khas bertajuk “Infiniti – Kita Up (With PUBG MOBILE)”. Apa yang buat lagu ni lagi hype? Ini merupakan antara kolaborasi eksklusif antara PUBG MOBILE dan figura lagenda hip-hop Malaysia, Malique (aka Mr. General). Bergandingan dengan Kidd Santhe dan Yonnyboii, track ni bawa vibe penuh tenaga yang memang ngam dengan dunia PUBG — dari clutch moment sampai la squad win lewat malam. Kolaborasi ni juga simbolik, sebab gabungkan artis lama dan baru, sama macam komuniti PUBG yang ada player veteran dan newcomers. Pihak…
Sempena sambutan ulang tahun ke-8, PUBG MOBILE sekali lagi mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama jenama hypercar terkemuka dari Jerman, Apollo Automobil. Bermula 20 Mac hingga 10 Mei 2026, pemain berpeluang memandu dua jentera ikonik yang menggabungkan seni reka futuristik dan kejuruteraan berprestasi tinggi. Dua Jentera Ikonik di Medan Perang Kolaborasi ini membawakan dua model kebanggaan Apollo ke dalam peta kegemaran anda: Aksesori Eksklusif & Ganjaran Khas Selain kenderaan, pemain juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori bertema seperti Apollo Parachute, Apollo Ornament, dan Apollo Space Gift. Lebih menarik lagi, pemain yang berjaya mengumpul kesemua tujuh variasi warna kereta Apollo akan…
Kemas kini PUBG MOBILE 4.3 kini rasmi dilancarkan dan membawa pelbagai kandungan baharu termasuk mod permainan “Evolving Universe”, kolaborasi dengan MrBeast dan kembalinya siri anime Jujutsu Kaisen. Kemas kini ini juga menandakan sambutan ulang tahun ke-8 PUBG MOBILE dengan pelbagai ganjaran dan acara khas. Mod Baharu Evolving Universe Mod Evolving Universe PUBG MOBILE memperkenalkan elemen bertema angkasa di peta Erangel dengan mekanik permainan unik seperti herotan ruang masa, landasan dinamik dan mini game perlumbaan. Selain itu, pemain boleh memilih lima kepakaran kemahiran pasif yang memberikan kelebihan berbeza di medan tempur. Sistem Energy Rank juga diperkenalkan dengan tahap C, B, A…
Permainan MOBA popular Honor of Kings kini menerima kemas kini terbaharu yang dikenali sebagai Flow Update. Kemaskini ini membawa pelbagai kandungan baharu termasuk hero baru, sistem permainan tambahan, fungsi penyesuaian yang lebih luas serta pelbagai event menarik untuk komuniti pemain. Menariknya, kemas kini ini juga hadir seiring dengan pelancaran rasmi permainan tersebut di India, sekali gus memperluaskan lagi komuniti pemain global. Pihak pembangun turut mendedahkan bahawa hero baharu yang diinspirasikan daripada budaya India bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Hero Baharu: Yuan Ge Sertai Pertempuran Antara tarikan utama Flow Update ialah kemunculan hero baharu bernama Yuan Ge. Hero ini boleh dibeli…

