Studio Infinity Ward yang membangunkan permainan Call of Duty: Modern Warfare mengumumkan sekuel permainan tersebut Call of Duty: Modern Warfare II akan hadir ke PS5, PS4, Xbox Series X/S, Xbox One dan PC pada 28 Oktober 2022. Ia disertakan dengan kempen, mod operasi khas dan dalam talian, serta banyak kandungan dalam talian percuma yang dijadualkan untuk pasca pelancarannya kelak.
Modern Warfare II kini tersedia untuk pra-tempahan. Terdapat 2 edisi pra-tempahan, Standard Edition – Menerima Akses Beta Terbuka dan Vault Edition.