Riot Games telah mengumumkan format bagi kejohanan ‘showmatch’ atau kejohanan pembukaan bagi format VCT 2023 yang baharu iaitu VCT LOCK//IN 2023. Kejohanan ini bakal diadakan pada 13 Februari sehingga 4 Mac di Sao Paulo, Brazil. Kejohanan ini bakal melibatkan 30 pasukan ‘partnership’ yang menyertai Liga Antarabangsa bagi benua masing-masing dan turut disertai oleh dua pasukan dari China. Penambahan dua pasukan China ini berikutan lesen permainan video VALORANT diluluskan dan dibenarkan oleh Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Negara (NPPA) Kerajaan China pada 27 Disember yang lalu.
Format bagi kejohanan VCT LOCK//IN adalah ‘Single Elimination Bracket’. Di mana 32 pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Omega dan kumpulan Alpha. Pihak Riot Games telah melakukan cabutan rawak kepada semua pasukan dan memastikan perlawanan permulaan bagi semua pasukan haruslah dari benua yang berbeza. Berikut merupakan susunan ‘bracket’ setelah cabutan rawak dilakukan :
Semua perlawanan bagi kumpulan Alpha dan kumpulan Omega bakal dijalankan secara ‘Best-of-Three’ sehingga dua pasukan sahaja yang tinggal. Selanjutnya, perlawanan Separuh Akhir dan Akhir bakal dijalankan secara ‘Best-of-Five’. Jadual perlawanan bagi kesemua perlawanan adalah seperti di bawah :
Pasukan Paper Rex akan berlawan bersama pasukan Cloud9 dari Liga Amerika. Kami ucapkan semoga maju jaya buat pasukan Paper Rex bagi kejohanan VCT LOCK//IN 2023 yang bakal berlangsung pada bulan Februari nanti. Segala maklumat lanjut , anda boleh merujuk halaman web dan media sosial VALORANT Esports.
- Twitter: @valorantesports
- Facebook: /valorantesports
- Instagram: @valorantesports
- Web: valorantesports.com