Pasukan OG Dota 2 menjadi pasukan pertama diumumkan pihak ESL ONE yang akan menjadi pasukan jemputan bagi kejohanan ESL ONE Malaysia 2022.


Kejohanan ini akan berlangsung pada 23 Ogos – 28 Ogos 2022, Bertempat di Arena of Stars Resorts World Genting Highlands. 12 pasukan akan merebut hadiah terkumpul sebanyak $400,000.


Adakah pasukan-pasukan besar The International juga akan turut dijemput hadir ke kejohanan ESL ONE Malaysia 2022 ini? Nantikan maklumat lanjut berkaitan pasukan jemputan. Terus setia bersama kami untuk informasi yang lain.