Perjalanan pasukan Todak di MSC 2022 terhenti setakat ini, mereka tewas di tangan Falcon Esports dengan mata 3-1 sebentar tadi. Mereka berjaya menghidupkan kembali harapan peminat pada pusingan ketiga namun kesilapan pada perlawanan ke empat, apabila pasukan Todak melepaskan hero yang selesa diguna pakai oleh pasukan falcon mereka terpaksa akur dengan kekalahan hari ini.
Kemampuan pasukan Todak yang mempunyai pengalaman beraksi di pentas dunia sebanyak 3 kali dan menjadi juara MPL MY S9 kini mula dipersoal, adakah mereka benar – benar bersedia dan cukup rehat selepas pulang dari Sukan Sea Ke 31 di Hanoi Vietnam tempoh hari.
Sebentar lagi satu lagi wakil tunggal negara akan beraksi, Orange Esports akan turun menentang Smart Omega dari Filipina.