Mahkamah persekutuan Los Angeles mengatakan Shanghai Moonton Technology Co Ltd dari ByteDance tidak perlu menghadapi tuntutan hak cipta Riot Games Inc atas dakwaan bahawa Moonton meniru sebahagian daripada versi “League of Legends” milik Riot. Tuntutan Riot yang berpangkalan di Los Angeles telah ditolak Selasa lalu kerana pertikaian itu boleh didengar secukupnya di China dan syarikat induk Riot, Tencent Holdings Ltd enggan menyertai kes itu dan memberikan maklumat penting. Ini kerana kes yang sama sedang dibicarakan di China.
Hakim berkata adalah tidak jelas elemen permainan “League of Legends” yang dibuat oleh Riot dan Tencent dengan versi yang permainan yang dibangunkan oleh Moonton.
Tetap tidak adil untuk membenarkan Riot dan Tencent membawa perang dua barisan menentang Moonton melainkan dan sehingga Tencent memutuskan untuk muncul di kedua-dua medan perang
Hakim Fitzgerald