Skyrim Anniversary Edition mula dikeluarkan pada 11 November 2022 bagi menandakan ulang tahun ke-10 edisi permainan tersebut beserta kemaskini siri seterusnya secara percuma untuk PS 5 dan Xbox Series X/S. Selepas setahun, permainan Skyrim Anniversary Edition yang sama dilancarkan untuk Nintendo Switch.
Skyrim Anniversary Edition merangkumi pencarian atau misi baharu, musuh, senjata dan banyak lagi, termasuk beberapa perkara yang diilhamkan oleh Morrowind dan Oblivion. Skyrim pertama kali dikeluarkan untuk Switch pada November 2017 dan merupakan permainan Bethesda pertama pada konsol Nintendo sejak Home Alone untuk NES pada tahun 1991. Ia datang dengan sokongan Amiibo untuk pakaian yang diilhamkan Zelda, dan kawalan gerakan. Skyrim Anniversary Edition juga termasuk mengandungi banyak kandungan bonus seperti DLC, mod dan kandungan memancing.
Pada Switch, ia tersedia sebagai peningkatan (upgrade) untuk pemain yang telah memuat turun permainan ini dan versi bundle untuk pemain baharu.