Honor of Kings ialah permainan MOBA dengan kutipan tertinggi dengan lebih 100 juta pemain aktif setiap hari dan kini akhirnya mengeluarkan ujian alfa versi global permainan bermula dengan Mexico. Permainan ini telah dibangunkan oleh TiMi Studios dan sedang diterbitkan oleh Level Infinite. Versi alfa permainan telah dilancarkan hanya di Mexico buat masa ini dan akan tersedia di kawasan lain tidak lama lagi.
Bulan lepas kami ada menulis mengenai berita permainan Honor of Kings akan ke pasaran global buat kali pertama dengan ujian Alpha dijadualkan pada bulan Julai. Dan kini, ianya telah dimulakan dengan negara Mexico.
Beberapa info juga dikongsikan mengenai permainan ini seperti senarai wira yang tersedia, sokongan 120 FPS, dan spesifikasi yang diperlukan oleh peranti mudah alih untuk memainkan permainan ini. Ianya dikatakan, hanya memerlukan storan 1GB dan 4GB RAM dan menggunakan Android 5.1 dan ke atas.