Author: Piratz
Tencent Games, pembangun permainan video yang tidak asing lagi di seluruh dunia sekali lagi bakal membawakan PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2023 yang akan berlangsung pada 25 November 2023 dan 2 Disember 2023 bagi peringkat kelayakan terbuka, 16-17 Disember bagi peringkat kumpulan dan 30-31 Disember bagi peringkat akhir. Ini merupakan kali ke-5 PMNC dianjurkan dan Yoodo juga merupakan rakan penaja telekomunikasi digital rasmi bagi PMNC 2023. PMNC 2023 akan bermula dari fasa peringkat kelayakan terbuka yang akan diadakan selama 2 hari sebelum meneruskan ke fasa utama iaitu Peringkat Kumpulan “Group Stage” dan Peringkat Akhir “Grand Finals”. Peringkat kelayakan terbuka “Open…
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) adalah salah satu permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) bagi platform mudah-alih yang popular di banyak rantau didunia. Ianya dibangunkan oleh Moonton Games. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, MLBB telah mendapat kelulusan daripada kerajaan China pada April 2023 yang lepas. Walaupun begitu, perubahan nama dari MLBB kepada “决胜巅峰” (Juéshèng diānfēng // The Pinnacle of Decisive Victory) adalah perkara biasa di China begitu juga permainan yang lain. Kini, dengan kelulusan permainan yang diterima mereka sebelum ini, MOONTON berusaha untuk mengembangkan permainan tersebut ke rantau China dengan memberikan satu slot khas untuk pasukan dari China untuk…
PUBG MOBILE Esports teruja untuk mengumumkan kembalinya PUBG MOBILE Global Championship (PMGC) untuk 2023. Kejohanan ini adalah kemuncak setiap pertempuran, setiap cabaran, dan setiap kejayaan yang dilihat sepanjang babak PUBG MOBILE Esports tahun ini. 50 pasukan dari seluruh dunia akan membuktikan kehebatan mereka dari 2 November – 10 Disember 2023, serta berjuang untuk merebut bahagian mereka dalam kumpulan hadiah 3 juta USD dan gelaran Juara Dunia PUBG MOBILE. Liga PMGC 2023 akan berlangsung dalam beberapa peringkat sepanjang bulan November, dari 2 November – 26 November. Pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada kelayakan dari pelbagai wilayah PUBG MOBILE Pro League (PMPL)…
ESL One, kejohanan Dota 2 yang berprestij, akan kembali ke Malaysia pada 11–17 Disember. Acara yang menjanjikan pertarungan menakjubkan, menampilkan barisan 12 pasukan Dota 2 terkemuka dari seluruh dunia, semuanya bersaing untuk mendapatkan hadiah wang tunai sebanyak USD $1,000,000 (kira-kira lebih RM4.6 juta). Sebelum ini, ESL One dilangsungkan di Genting termasuk edisi lepas yang dijuarai oleh pasukan OG. Kejohanan penuh aksi itu akan bermula dengan Peringkat Kumpulan selama tiga hari, yang dijadualkan pada 11–13 Disember. Di sini, dua belas pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, melibatkan diri dalam format single round-robin. Enam pasukan teratas dari Peringkat Kumpulan akan mara ke…
SEGA, dengan kerjasama pembangun Sports Interactive, telah melancarkan Football Manager 2024 (FM24), permainan simulasi pengurusan bola sepak yang dinanti-nantikan. Permainan ini ditetapkan untuk dikeluarkan pada 6 November dan akan tersedia pada pelbagai platform termasuk PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android. Selain itu, FM24 akan boleh diakses melalui Xbox Game Pass. Prapesanan telah pun bermula, menawarkan diskaun 10 peratus untuk pelanggan PlayStation Plus, Xbox Series, Xbox One dan PC. Prapesanan PC juga datang dengan faedah eksklusif dua minggu akses awal kepada permainan. Didorong oleh usaha yang sentiasa berkembang untuk menyampaikan ketulenan bola sepak yang lengkap, FM24…
Roblox ialah salah satu permainan paling popular di dunia, menarik masuk berpuluh juta pemain ke dalam pelbagai dunia dan pengalamannya. Permainan ini kini tersedia untuk PC, Android, iOS dan Xbox, tetapi peminat masih mendesak agar ia berkembang ke platform lain. Hasrat tersebut akhirnya dikabulkan, kerana ianya telah diumumkan bahawa Roblox akan datang ke PS4 dan PS5. Berita gembira ini disampaikan oleh pembangun permainan Roblox semasa acara Roblox Developers Conference (RDC) 2023. Pada bulan Oktober, permainan ini boleh dimuat turun secara percuma untuk dimainkan pada kedua-dua PS4 dan PS5, meletakkannya setanding dengan Xbox. Pengguna PlayStation akan dapat “mengakses katalog penuh Roblox”.…
Konami telah mengumumkan pelancaran versi baharu permainan bola sepak utama mereka – eFootball 2024. Kemas kini ini membawa bukan sahaja perubahan dalam nama dan grafik permainan tetapi pelbagai kemas kini dan penambahan untuk pemain dari semua tahap kemahiran dan pengalaman untuk dinikmati. Pembangun permainan berjaya mengekalkan senarai kelab rakan kongsi termasuk beberapa pasukan popular seperti Manchester United FC, FC Bayern München, Internazionale Milano, AC Milan, Arsenal FC dan Barcelona FC. Pasukan ini akan dipaparkan dengan kit, stadium dan senarai pemain yang telah dikemas kini dalam untuk mencerminkan musim baharu. Lionel Messi juga kembali sebagai duta untuk eFootball 2024, dan akan…
Semalam, pihak PlayStation mengumumkan dimana permainan Saint Row, Black Desert – Traveler Edition dan Generation Zero akan tersedia kepada ahli PlayStation Plus pada hari Selasa, 5 September hingga Isnin, 2 Oktober ini. Selain dari pengumuman ini, mereka juga mengumumkan harga baharu bagi langganan PlayStation Plus untuk 12-bulan. Pihak PlayStation menyatakan, perubahan harga ini akan berkuat kuasa bermula 6 September dan pelarasan harga ini akan membolehkan mereka terus membawa permainan berkualiti tinggi dan faedah nilai tambah kepada perkhidmatan langganan PlayStation Plus mereka. Walau bagaimanapun, harga baharu ini hanyalah untuk langganan 12 bulan sahaja, manakala harga bagi langganan 1 bulan dan 3…
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini telah mengeluarkan senarai atlet dan acara masing-masing untuk Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022. Kontinjen Malaysia terdiri daripada 292 atlet akan menyertai 29 disiplin daripada 23 sukan termasuk esukan. Bagi acara esukan, terdapat 7 permainan dipertandingkan iaitu EA Sports FIFA, PUBG Mobile Asian Games Version, Arena of Valor Asian Games Version, Dota 2, League Of Legends, Dream Three Kingdoms 2 dan Streets Fighter V. Pada mulanya, terdapat 8 permainan yang disenaraikan tetapi Mac yang lalu, malangnya Majlis Olimpik Asia (OCA) telah menggugurkan permainan Hearthstone selepas rundingan antara Blizzard Entertainment dan NetEase gagal berkaitan hak operasi…
Khamis ini PUBG Mobile akan melancarkan mod baru hasil perkongsian mereka dengan Dragon Ball Super. Kerjasama ini akan menambahbaik pulih permainan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam Kemas kini Versi 2.7. Dengan mod Dragon Ball Super baharu yang unik – barangan, kenderaan, kawasan dan banyak lagi, ini mewakili salah satu perkongsian paling penting dalam sejarah PUBG Mobile. Mod Bertemakan Dragon Ball Super Yang pertama daripada dua mod Dragon Ball Super yang hebat akan berlangsung dalam permainan pada 13 Julai hingga 4 September yang menampilkan elemen Dragon Ball yang digabungkan dengan permainan battle royale PUBG MOBILE klasik. Melalui mod ini,…