Author: Piratz

Peminat permainan bola sepak kini mempunyai sebab baharu untuk teruja. Konami secara rasmi mengumumkan pelancaran eFootball Kick-Off!, judul terbaharu dalam francais eFootball yang akan tiba 3 Jun secara eksklusif untuk konsol Nintendo Switch 2. Permainan ini akan dilancarkan secara digital di seluruh dunia dan menandakan kemunculan pertama siri eFootball di konsol Nintendo. Ia juga dianggap sebagai evolusi kepada siri legenda Pro Evolution Soccer yang pernah mendominasi genre simulasi bola sepak selama lebih tiga dekad. Mod Baharu dan Lebih Banyak Cara Bermain Selepas lebih 30 tahun sejarah permainan bola sepak daripada Konami, eFootball Kick-Off! dilihat sebagai langkah baharu untuk membawa pengalaman…

Read More

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan kembali ke pentas Esports World Cup (EWC) 2026 untuk tahun ketiga berturut-turut dengan peluasan slot bagi dua kejohanan utamanya, MLBB Mid Season Cup (MSC) dan MLBB Women’s Invitational (MWI). Keseluruhan acara MLBB di EWC 2026 menawarkan jumlah hadiah terkumpul sebanyak USD 3.5 juta. Slot MSC di EWC 2026 Lebih Meluas MSC di EWC 2026 bakal menampilkan 16 pasukan terbaik dunia, dengan pengenalan Wild Card terbesar setakat ini melibatkan 10 pasukan termasuk wakil dari Western Europe. alah satu perubahan paling ketara tahun ini ialah pengenalan Wild Card terbesar dalam sejarah MSC. Sebanyak 10 pasukan akan…

Read More

iQOO kini memperkenalkan iQOO 15R untuk pasaran Malaysia sebagai alternatif lebih mampu milik kepada iQOO 15. Model ini membawakan beberapa penyesuaian spesifikasi berbanding versi flagship, namun masih mengekalkan fokus terhadap prestasi dan pengalaman gaming. Kalau nak tau, inilah telefon pintar yang digunakan di Malaysian Honor of Kings League (MKL) Spring 2026. Skrin 144Hz Dan Cip Snapdragon 8 Gen 5 iQOO 15R hadir dengan paparan AMOLED 6.59-inci beresolusi 1.5K (1080p+) yang menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Ini membolehkan pengalaman tatalan dan permainan yang lebih lancar, khususnya untuk judul kompetitif. Dari segi prestasi, ia dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen…

Read More

Garena hari ini melancarkan peta jalan (roadmap) esports Call of Duty®: Mobile bagi rantau Singapura, Malaysia dan Filipina (SMP) untuk separuh pertama tahun 2026. Roadmap ini menawarkan laluan lebih tersusun buat pemain dari peringkat akar umbi sehinggalah ke pentas dunia, merangkumi kedua-dua mod permainan utama iaitu Multiplayer (MP) dan Battle Royale (BR). Tiga Kejohanan Utama Menanti Garena menyediakan tiga kejohanan utama dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah USD$110,000 (lebih RM500,000) dalam tempoh Februari hingga Mei 2026: Laluan ke Kejuaraan Dunia Kemuncak tahunan, Kejuaraan Dunia Call of Duty®: Mobile (CODMWC) akan berlangsung dalam lima peringkat dari Mei hingga November. Pasukan SMP akan…

Read More

Selepas sambutan Tahun Baru Cina, Honor of Kings kembali dengan kejutan istimewa buat para pemainnya. Sebuah Skin hero baharu bertemakan lagenda Nusantara, “Nyi Roro Kidul” untuk hero Haya, bakal dilancarkan sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia. Bermula 26 Februari hingga 10 Mac ini, pemain boleh menyertai misi harian dengan kekal aktif untuk mendapatkan token undian Tahap 1 dan Tahap 2. Token ini memberi peluang kepada pemain untuk membuka Skin eksklusif “Nyi Roro Kidul”, barangan dalam permainan istimewa, dan hadiah utama yang menarik, termasuk telefon bimbit baharu! Selain itu, pemain juga boleh membeli baucar token bersama rakan sepasukan untuk menambahkan nilai…

Read More

MOONTON Games bersama Malaysia Esports Federation (MESF) dan Esports Integrated (ESI) secara rasmi mengumumkan lapan pasukan rakan kongsi bagi mengemudi era baharu Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL Malaysia) menerusi Program Partnership yang julung kali diperkenalkan. Pengumuman yang berlangsung di MSN Esports Hub itu menyaksikan gabungan organisasi tempatan dan antarabangsa bakal bersaing di bawah satu visi yang sama untuk memacu perkembangan ekosistem esports negara. Lapan pasukan yang akan menjadi tunjang MPL Malaysia ialah Selangor Red Giants (SRG), Team Vamos (VMS), Team Rey (TR), Rex Regum Qeon (RRQ), Bigetron MY by VIT (BTRM), All Combo (AC), Invictus Gaming (iG)…

Read More

endaftaran bagi 2026 PUBG MOBILE National Championship (PMNC) Malaysia Qualifier kini dibuka kepada pasukan grassroots dan amatur di seluruh negara. Tempoh pendaftaran berlangsung sehingga 4 Mac 2026, jam 7:59 pagi (GMT+8), memberi peluang kepada pemain berbakat untuk merebut slot ke liga profesional berprestij, PUBG MOBILE Pro League Malaysia (PMPL). Peringkat kelayakan PMNC akan berlangsung dalam dua fasa iaitu dari 6 hingga 8 Mac 2026 bagi fasa pertama, diikuti 13 hingga 15 Mac 2026 untuk fasa kedua. Seterusnya, peringkat Grand Finals akan disiarkan secara langsung dari 27 hingga 29 Mac 2026. Edisi kali ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam permainan (in-game),…

Read More

Selepas melalui tempoh soft launch yang agak panjang, Rainbow Six Mobile akhirnya dilancarkan secara global hari ini. Pelancaran penuh ini hadir hampir tiga tahun selepas dua sesi beta awal yang berlangsung pada pertengahan 2023. Versi global ini hadir dengan tujuh peta termasuk lokasi ikonik seperti Clubhouse dan Villa, selain dua peta eksklusif mudah alih iaitu Restaurant dan Summit. Pemain juga kini boleh memilih lebih 20 Operator — peningkatan daripada 16 Operator yang tersedia ketika fasa soft launch. Dari segi mod permainan, pemain boleh bertarung dalam format 5v5 menerusi mod Bomb, Bomb Rush dan Team Deathmatch. Turut disediakan pilihan Ranked, Private…

Read More

Kejohanan OPPO Hyper Legend Cup x MLBB Campus Series (MCS) kini dibuka kepada pelajar universiti dan alumni dari Indonesia, Filipina, Malaysia dan Singapura. Kejohanan ini merupakan evolusi daripada OPPO Smooth Legend Cup tahun lalu, dengan tumpuan khusus kepada pembangunan ekosistem esukan di peringkat kampus. Dianjurkan melalui kolaborasi antara OPPO dan MOONTON Games, kejohanan ini menjadi sebahagian daripada kempen Golden Month bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Inisiatif ini bertujuan menyediakan laluan kompetitif yang lebih tersusun kepada bakat muda untuk bersaing di peringkat nasional dan seterusnya ke peringkat serantau. Kejohanan ini terbuka kepada pelajar universiti berumur 18 tahun ke atas…

Read More

Kalau korang rasa squad dah cukup ngam dan aim memang tak pernah mengecewakan, ini masa untuk turun padang. PUBG MOBILE tampil dengan acara komuniti terbaharu mereka, Squad Showdown, yang berlangsung dari 20 Februari hingga 15 Mac di beberapa lokasi seluruh Malaysia. Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, Kuantan, Ipoh, sehinggalah ke Kota Kinabalu, Tawau, Kuching dan Miri — squad-squad tempatan akan berentap secara offline bermula jam 10 malam hingga 1 pagi. Setiap lokasi akan memilih dua squad terbaik untuk mara ke Online Finals pada 13 hingga 15 Mac, di mana hanya yang benar-benar konsisten dan berstrategi akan menonjol. Tarikh Lokasi20…

Read More